Institut Pendidikan Guru
atau dikenali sebagai IPG merupakan sebuah institusi yang menawarkan
kursus-kursus perguruan sebagai persediaan untuk para pelajar bersedia dan
dididik untuk menjadi seorang guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
Untuk memasuki institusi
ini, para pelajar perlu melalui beberapa ujian seperti ujian bertulis, Ujian
Kecergasan Calon Guru. Ujian Kecergasan Calon Guru
merupakan ujian yang melibatkan aktiviti kecergasaan dan kecerdasan serta ujian psikologi seperti
Bleep Test. Selepas itu, satu temuduga akan diadakan untuk para pelajar yang
berjaya melepasi ujian tersebut, temuduga ini adalah sebagai langkah terakhir
dan penentu sama ada seseorang itu berjaya diterima untuk menyambung pelajaran
di IPG atau tidak.
Ujian kemasukan ke IPG
sangat mencabar, begitulah dengan proses pembelajarannya. Hal ini kerana, pada
era globalisasi ini, guru yang cemerlang dari semua aspek iaitu akedemik,
kecergasan dan kecerdasan serta kemahiran komunikasi yang baik amat diperlukan
untuk mendidik generasi belia era moden kini.
Di IPG terdapat dua program
yang ditawarkan iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Persekitaran dan budaya
pembelajaran di IPG adalah sangat berbeza dengan pembelajaran ketika di sekolah.
Pembelajaran di IPG adalah satu jenama untuk melahirkan guru yang cemerlang dan
berkebolehan.
Institut Pendidikan Guru ini
adalah setaraf dengan Intitut Pendidikan Tinggi yang lain. Pelajar di IPG juga
diminta untuk menjalankan kerja kursus dan kerja Kursus ini akan mempengaruhi
markah di akhir semester. Terdapat lapan kerja kursus yang perlu diselesaikan
oleh para pelajar PPISMP dalam masa 4-6 minggu. Ketika Program Ijazah Sarjana
Muda, terdapat subjek minor ataupun subjek elektif yang perlu dipelajari oleh
pelajar. Mereka boleh membuat pilihan untuk memilih subjek elektif yang
ditawarkan oleh kampus mereka pada tahun itu.
Bukan itu sahaja, pelajar di
IPG juga dilatih untuk lebih berdikari sewaktu menyiapkan tugasan kerja kursus
yang diberikan kerana mereka sedar bahawa markah kerja kursus ini akan
mempengaruhi keputusan akhir sesuatu subjek tersebut. Mereka tidak terlalu
bergantung kepada penerangan dari pensyarah sahaja, pelajar akan menggunakan
pelbagai sumber sedia ada untuk mecari maklumat. Ini sejurus menyebabkan
pelajar akan mempunyai kemahiran mencari maklumat dari pelbagai sumber yang
dipercayai seperti di akhbar, majalah, buku, jurnal , internet dan di
perpustakaan. Pelajar perlu menganalisis maklumat tersebut dan memulakan
penulisan berdasarkan hasil carian maklumat yang tepat dan menjawab soalan
tugasan.
Pensyarah di institut ini
juga memberi komitmen yang sangat baik serta memberi bimbingan kepada para
pelajar dalam melaksanakan kerja kursus. Pensyarah sangat mesra pelajar dan
menyebabkan pelajar sangat selesa dan bersemangat untuk belajar. Bimbingan pensyarah
semasa pembelajaran dan waktu kuliah membantu pelajar untuk mengembangkan
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam, berfikir
secara kreatif dan kritis.
Persekitaran dan budaya di
IPG akan mendidik guru untuk mengamalkan beberapa budaya iaitu budaya ilmu,
budaya kepimpinan, budaya kerja professional, budaya akhlak moral, budaya
penyayang dan budaya estetika.
Kesimpulannya, Institut Pendidikan Guru ini
memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk seorang guru yang
cemerlang supaya dapat mendidik anak bangsa. Oleh itu, semua guru pelatih perlu
berusaha dan belajar bersugguh-sungguh kerana mereka perlu sedar akan
tanggugjawab yang telah dipikul sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di IPG.
RUJUKAN :
RUJUKAN :
Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustapa, Aliza
Adnan. (2014). Kemahiran Belajar.
Selangor : Penerbitan Multimedia
No comments:
Post a Comment