Belajar cara belajar (BCB) amat
signifikan dan perlu diketahui oleh setiap pelajar kerana pelajar dapat
mengatahui kaedah pembelajaran yang berkesan sama ada bersama dengan guru
ataupun tidak .Namun begitu , gaya pembelajaran serta keupayaan pelajar
perlulah diketahui dahulu agar proses pembelajaran lebih efisyen . Antara model
pembelajaran yang menyatakan perbezaan-perbezaan gaya pemeblajaran terhadap
seseorang individu adalah model gaya pemeblajaran Dunn dan Dunn , model gaya
pembelajaran Honey dan Mumford dan model gaya pembelajaran Kolb .Gaya
pembelajaran perlu diketahui oleh pelajar agar mereka dapat mengenalpasti
kaedah terbaik bagi memahami sesuatu subjek yang dipelajari .Menurut (Felder dan Henriques,1995 ) , kaedah
tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari , menyimpan dan
mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran. Apabila
pelajar gagal mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai maka , mereka bakal
mengalami kesukaran dalam mencatat nota , merancang kerja , mengagihkan masa
untuk belajar serta ketinggalan dalam menghabiskan bacaan nota – nota bagi
menghadapi peperiksaan .Kesannya ialah , pelajar gagal dalam mencapai matlamat
yang ditarget .
Menurut (Sabri Ahmad , 2003 )
Kemahiran Belajar ialah prinsip , toeri umum dan kaedah tertentu yang dapat
melipatgandakan keberkesanan belajar.Menurut (Modul OUM HBML 2203 , 2009) ,
kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memperoses
maklumat .Jelaslah disini bahawa kemahiran memberi kesan yang amat besar bagi
pelajar bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam pembelajaran mereka .
BCB ataupun belajar cara belajar
perlu diterapkan dalam diri pelajar .Hal ini kerana , pelajar dapat belajar
kaedah untuk mendapatkan maklumat tambahan serta meningkatkan penguasaan mereka
dalam sesuatu pelajaran .BCB juga mengajar pelajar untuk lebih berdikari
apabila mereka tidak memerlukan guru serta dapat menilai tahap pembelajaran kendiri
. Apabila hal ini berlaku maka pelajar dapat mengambil keputusan bagi
meningkatkan prestasinya ke tahap yang lebih baik .Setiap pelajar mempunyai
cara pembelajarannya tersendiri maka
mereka perlu pintar dalam menyesuaikan diri mereka agar lebih mudah bagi
mencapai target dan tidak membazir masa serta tenaga untuk belajar menggunakan
kaedah yang salah yang mengakibatkan keputusan yang kurang memberansangkan .
Namun , konflik pelajar dalam
menyesuaikan gaya pemebelajaran dengan cara pengajaran pensyarah akan
mengakibatkan pelajar merasa bosan serta tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran pensyarah . Menurut (Baharin Abu ,2000 ; Felder dan
Silverman ,1988;Godleski,1984;Oxford et. Al.,1991;Smith dan Renzuli, 1984 )
perkara ini akan mengakibatkan pelajar mendapat markah tinggi dalam peperiksaan
, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa .
Kemahiran belajar amat penting
kerana ia merupakan proses seseorang bagi mendapatkan perubahan positif dalam tingkah lakunya .Apabila kemahiran
belajar diaplikasikan dengan betul maka , impak yang positif akan lahir dengan
menyedari terdapat perubahan pada diri dari aspek pengetahuan , tingkah laku
serta kemahiran . Perubahan tingkah laku yang menyeluruh dapat dilihat apabila
pelajar dapat menguasai perkara yang telah dipelajari secara holistik .
Kesimpulannya , konsep kemahiran
belajar jika diaplikasikan dengan tepat dan betul maka dapat mengjasilkan impak
yagn sangat besar dan memberansangkan .
RUJUKAN:
RUJUKAN:
Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustapa, Aliza
Adnan. (2014). Kemahiran Belajar.
Selangor : Penerbitan Multimedia
Dr Alan Wright , Vark Learn .Diambil dari , http://vark-learn.com/introduction-to-vark/
Dr Alan Wright , Vark Learn .Diambil dari , http://vark-learn.com/introduction-to-vark/